1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Menunaikan sembahyang fardhu lima waktu
3. Berpuasa pada bulan Ramadhan
4. Memberi zakat
5. Menunaikan haji ke Baitul Allah sekali seumur hidup
Daripada Ibn Umar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Agama Islam itu dibina di atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa tiada tuhan lain melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah rasul dan pesuruh Allah, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Makkah al-Mukarramah dan berpuasa pada bulan ramadhan”.
No comments:
Post a Comment